Top 5 Stadium Lokal

5 September, 2020

Sama ada anda mencari stadium yang mempunyai atmosphere yang luar biasa ataupun stadium bertaraf dunia, stadium di negara ini tidak kurang hebatnya. Mari kita lihat top five stadium di Malaysia yang perlu anda pergi sebelum mati.

Stadium Bukit Jalil | Kuala Lumpur

Di bina untuk penggambaran Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel 1998, Bukit Jalil pada asalnya merupakan antara stadium yang mempunyai kapasiti stadium yang terbesar di dunia di belakang Stadium Rungrado 1st of May, Korea Utara.

Selepas direnovasi untuk SEA Games 2017, kapasiti tempat duduk dikecilkan kepada 87,000 penonton. Stadium yang kebiasaannya menjadi tuan rumah untuk pasukan bola sepak Malaysia ini sememangnya akan menaikkan bulu roma lagi-lagi bila stadium ini penuh dengan penyokong Harimau Malaya.

Selalunya kalau game final atau game panas, ada penyokong yang sanggup tidur diluar stadium untuk mendapatkan tiket pada keesokkan paginya. Memang gigih!

Stadium Sultan Ibrahim | Johor

Idea Tunku Mahkota Johor untuk membina stadium untuk pasukan JDT berjaya direalisasikan apabila Stadium Sultan Ibrahim ini siap dibina pada tahun 2020.

Stadium ini merupakan stadium pure bola sepak kedua selepas Stadium Tun Abdul Razak di Jengka. Dengan hanya memuatkan 40,000 penonton, ini dilihat realistik untuk stadium sebuah kelab Liga super yang purata penontonya tidak akan mencecah lebih 20,000 penonton pada satu perlawanan. Sudah pasti, stadium ini akan sentiasa nampak “PACKED” dengan penonton bila dilihat dikaca TV.

Dengan rumput yang diselenggara baik, stadium ini persis seperti kebanyakkan stadium-stadium di Eropah. Mungkin satu hari nanti, Final UEFA Champions League akan bermain di sini untuk menarik crowd penonton Asia. Kah!

Nota kecil :- Stadium ni baru menjadi saksi kebocoran Perak 7 kali (JDT v Perak, 4 Sep 2020).

Stadium Tun Abdul Razak | Pahang

Mungkin atmosphere stadium di Jengka ini tidak setanding di stadium-stadium lain (Fans Felda tak ramai), tapi stadium ini cukup mempunyai visi yang jauh untuk menjadi salah satu stadium yang bertaraf antarabangsa dan memberikan sumber ekonomi yang melimpah untuk penduduk tempatan.

Walaupun stadium ini terletak ditengah-tengah hutan, stadium bola sepak ala-ala Eropah ini sebenarnya cukup menarik kerana tempat duduk penonton dan padang agak sangat rapat.

Perlawanan Felda United menentang JDT pada musim 2015 telah membuktikan, stadium ini memang mempunyai atmosphere persis di Eropah. Kalau dilihat dikaca TV, mungkin ramai yang confuse sama ada sedang menonton liga Malaysia atau Liga Perdana Inggeris.

Stadium Shah Alam | Selangor

😛

Stadium Darul Aman | Kedah

Bila bercakap pasal kedatangan penonton, memang susah nak beat kedatangan penonton di Stadium Darul Aman. Bermainlah di liga division berapa pun, kedatangan penonton di stadium Darul Aman memang konsisten lagi-lagi bila team tengah peak.

Stadium akan dilimpahi dengan penyokong hijau kuning sampai ke tangga dan ada yang terpaksa berdiri sepanjang 90 minit perlawanan. Tak hairanlah, menonton bola sepak di Kedah merupakan hiburan hujung minggu yang terpaling unggul.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *