ACL Reconstruction: Dah Bersedia Nak Kembali Seperti Seorang Raja?

Untuk kembali daripada kecederaan serius seperti ACL bukan lah satu perkara yang mudah. Jenal faham dan arif dengan keadaan ini. Bagi seorang pemain bola sepak, ACL adalah nyawa mereka, tanpa ACL (bukan Asian Champions League), seseorang pemain takkan mampu mengekspresikan diri mereka sepertimana mereka melakukannya sebelum kecederaan ini. Dalam erti kata lain, kerosakan ACL adalah “career killer” untuk seorang pemain bola sepak sebab ia adalah kecederaan kekal, sampai ke liang lahad pun takkan tumbuh semula.

Tapi itu dulu, sekarang masa telah berubah. Walaupun ACL masih lagi satu kecederaan yang sangat serius, korang semua mungkin mampu meraih peluang kedua berkat daripada teknologi terkini. Peratusan kejayaan untuk pembedahan ACL adalah sangat tinggi. 95% daripada mereka yang menjalani pembedahan ACL mampu untuk kembali beraksi dengan aktif dan lasak kalau nak dibandingkan dengan 70% pada tahun 1980. With that said, artikel ini hanya untuk mereka yang benar benar nak kembali semula ke padang dan jadi general yang dominan. Kalau korang tak terlalu bernafsu untuk merembat bola dan sekadar nak buat segalanya ala-kadar, lupakan saja. Jenal tak berminat nak bantu mereka yang tak mahu dibantu.

Adakah korang masih membaca apa yang Jenal tulis ni?

Bagus, maknanya korang adalah anak jantan dengan hati bola sepak yang tulen. Ini adalah tips yang korang boleh amalkan untuk kembali menjadi raja di padang.

Jangan Pijak Lantai

Langkah pertama dan paling penting, jangan letakkan bebanan yang lebih dekat kaki korang dalam tempoh 2-3 bulan pertama selepas pembedahan. Elakkan sepenuhnya sebab ligamen korang dalam tempoh ni sangat lembut dan fragile. Kemungkinan ACL korang untuk putus semula dalam tempoh ini juga sangat tinggi jadi lebih baik beringat sebelum kena. Fokus dan jaga lah lutut anda sebaik-baiknya dalam tempoh ini. Minta tolong family, guna tompang atau kerusi roda. Apa saja asalkan korang tak pijak lantai dalam tempoh kritikal ni.

Fisio! Fisio! Fisio!

Antara perkara paling penting yang perlu korang buat setelah menjalani pembedahan adalah untuk terus berdisiplin bila buat aktiviti fisio. Not too much, not too less. Apa yang doktor suruh, buat. Mana yang doktor tak suruh, engkau jangan memandai mandai. Fisio adalah perkara yang sangat penting sebab peha korang akan jadi lembik af selepas menjalani pembedahan. Jadi doktor akan memberi penekanan terhadap kekuatan otot peha korang. Jadi fokus utama disini adalah mengembalikan kekuatan otot seperti sediakala. Jangan sesekali skip sesi fisio! Punya lah penting fisio ni sampaikan 30 minit selepas pembedahan ACL, doktor akan terus suruh korang start terus. Kalau tak disiplin, mungkin korang akan mengalami kecederaan yang sama atau ligamen korang tidak akan memberikan hasil yang diingini. Surgery ACL ni mahal kut? Takkan lah korang nak campak duit 5-angka cenggitu je?

Makan Ubat

This is a no brainer, makan lah ubat mengikut waktu yang ditetapkan. Again, makan ubat mengikut preskripsi dan arahan serta nasihat doktor saja. Jangan memandai mandai nak makan suplemen kilo semata mata nak recover lebih pantas. No such thing as short cut in recovery. Trust the process.

Dapatkan Nasihat Doktor

Sesi recovery korang tak terhad pada lawatan ke hospital semata-mata. Korang perlu sentiasa disiplin menjalani fisio di rumah. Mungkin korang tak tau tapi untuk setiap pesakit ACL, korang sebenarnya ada team fitness dan recovery yang sentiasa memantau keadaan dari jauh dan tahu lebih lanjut mengenai proses recovery korang. Jadi, jangan segan dan jangan sesekali lokek nak minta nasihat atau tips kalau korang ada kemusykilan atau rasa tak selesa dengan lutut baru korang. It’s better to be safe than sorry. Bila lagi korang nak fefeeling Van Dijk kalau bukan sekarang?

Jangan Paksa Diri

Dalam kita berusaha untuk pulih secepat mungkin, Jenal sebenarnya faham isi hati kau orang semua. Dah lama tak main ni, gian! Kalau gian sekalipun, jangan sesekali “overwork” lutut korang semasa sesi fisio. Lutut korang masih belum sedia untuk aktiviti berat dan kemungkinan besar akan jadi longgar (seriously, no joke). Jangan gatal kaki nak main bola atau rembat bola kalau korang baru 3, 4 atau 5 bulan ja baru operate kaki. Korang bukannya pemain bola sepak professional (it has to be said) yang ada dedicated teams of professional yang sentiasa berada disisi mereka dari semasa ke semasa. Plus, diorang ada teknologi dan kelengkapan canggih untuk membantu sesi rehab mereka. Jadi kalau kapasiti korang serupa seperti Jenal yang kasual atau bukan pemain pro. Elok lah bersederhana dan jalani rutin recovery seperti yang telah ditetapkan. Kalau rasa tak selesa atau sakit semasa fisio/senaman, eloklah berhenti sebentar sebelum keadaan melarat. Jangan paksa diri, buat mengikut kemampuan. Anda mampu mengubahnya.

Kentalkan Mental

You are what you think, antara cabaran besar untuk menjadi figura yang dominan di dalam dan luar padang terletak pada kapasiti mental seseorang individu. Jenal faham, bukan mudah untuk kita pulih dari trauma mental kerana Jenal juga mengalaminya ketika ini. Some professionals have never truly recovered from it because they were too engulfed with the trauma. Dalam erti kata lain, ketakutan dan trauma boleh menyebabkan keyakinan anda terhadap keupayaan diri sendiri jatuh mendadak kalau terlalu terbawa-bawa dengan perasaan ini . Jadi korang perlu cekal dan berani. Percaya lah dengan diri sendiri, kalau korang semua menurut arahan doktor, bersenam mengikut kemampuan dan rutin yang ditetapkan, Inshaa allah korang pasti mampu untuk pulih dengan jayanya. Jangan terburu-buru, give it time. Percaya lah, korang akan rasa lebih yakin dengan kemampuan lutut baru korang kalau korang trust the process and keep a positive outlook. It’s not easy, but it’s doable

All in all, maafkan Jenal jika terkasar bahasa. Bukan apa, tak semua orang mampu untuk dapat peluang kedua when it comes to football so you might as well make good use of this. Inshaa allah, kalau korang amalkan tips ni, tak mustahil korang mampu untuk beraksi cemerlang walaupun mungkin tidak selincah dulu.

Yang hensem, pintar serta palatao bola sepak,

Jenal.

Nota : Jenal adalah seekor penggemar bola sepak yang gila dan juga Budak Barai. Hidupnya bola sepak, makannya bola sepak, minumnya bola sepak, waima mandi pun bola sepak. Tiada yang lebih bola sepak melainkan Jenal dan tiada yang lebih Jenal melainkan bola sepak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *