
3 August, 2020.
Roc Nation, syarikat media/hiburan baru je tandatangan usahasama dengan AC Milan. Usahasama ni membabitkan banyak benda, antara yang utama ialah strategi digital, kolaborasi kreatif/merch dan yang paling agung ialah pengukuhan jenama.
Bagi yang tak kenal siapa ni Roc Nation, syarikat ni ditubuhkan oleh Jay-Z, raja hip hop tersohor NYC. Beroperasi sebagai agensi hiburan yang kini dah berkembang jadi macam-macam termasuklah sebagai firma pengurusan. Antara bintang latest yang Roc Nation tandatangani ialah Marcus Rashford (Manchester United).
Kita sedia maklum, US memang antara negara yang terkenal dengan marketing and branding. Tengok je NBA sudah. Nilai team paling rendah sekali ialah USD1.3 billion (Memphis Grizzlies). Tu team yang ke-30 tau! Lepas tu kat US bukannya ada NBA je. NFL? Major League? MLS? Hockey League? Rumusannya, orang Amerika ni memang pandai menjual idea.

Jadi objektif utama partnership ni ialah nak luaskan pengaruh AC Milan ke benua Amerika khususnya US. Dalam kata lain, me”Milan”kan warga Amerika. Kat sinilah pentingnya Roc Nation. Dengan menggunakan pengaruh Jay-Z tu sendiri, kempen besar-besaran yang membabitkan puluhan artis yang bernaung dengan Roc Nation (label) sangatlah tidak mustahil. Bayangkan bila CHON, Alicia Keys, Coheed & Cambria, DJ Khaled, Fat Joe, J.Cole, Jay Park, Mariah Carey, Rihanna & Touche Amore semua pakat satu hari hentak media sosial dengan menggayakan jersi AC Milan. BOOM!
Kena pulak bila ada special merch yang dikeluarkan sempena kempen ni. Korang pernah tengok Juventus X Palace kan? Sehelai jersi Juventus X Palace di jual dengan harga lebih 180 Euro. 2 kali ganda dari harga jersi biasa. Sebahagian besar pembeli pulak bukannya peminat natif bolasepak. Kemungkinan benda yang sama akan berlaku dengan Milan. Kalau strategi disusun dengan kemas, tak mustahil ni mampu mengatasi apa yang Juventus dah buat.
Peningkatan peminat baru secara tak langsung akan naikkan pendapatan kelab bukan saja dari segi penjualan mechandise tapi juga jualan berkaitan hari perlawanan. Makin ramailah pelancong dari US ke Milan sebab nak tengok bolasepak. Ekonomi setempat macam hotel juga akan mendapat hasil. Apatah lagi penjual-penjual espresso di jalanan.
Secara jujurnya, berita macam ni sangat best untuk dunia bolasepak. Kolaborasi yang sangat unorthodox ni menunjukkan mereka berfikir luar kotak di zaman yang super kompetitif. Kejayaan sesebuah kelab bola bukan setakat dalam padang. Kekukuhan kewangan dan popularity di alam realiti dan maya pun orang dah mula tengok.
FORZA MILAN!