Barcelona, bandar kebanggaan warga Catalonia merupakan antara bandar tertua di Sepanyol. Rumah kepada kelab FC Barcelona. Disulami dengan persisiran pantai yang cantik, Barcelona diserikan dengan bangunan-bangunan yang unik bercirikan senibina aritistik dan moden. Sekiranya anda ke Barcelona, lawatan ke La Sagrada Familia, Park Guell & Casa Mila akan menjadi satu kewajiban kerana ini semua ialah peninggalan arkitek terkemuka Barcelona suatu ketika dulu iaitu Antoni Gaudi.